Kelas Nadi Mahir Jahit Short Learning Course (Sls) - Jom Jahit Scrunchie
21 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2025, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit SLS secara atas talian. Kelas ini bermula pada jam 11:50 pagi sehingga 12:20 tengah hari di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus Mahir Jahit Short Learning Course (SLS) Sesi ini sangat mudah diikuti dan sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk yang baru pertama kali mencuba. Peserta akan mempelajari cara mengukur, memotong, menjahit serta memasukkan getah dengan mudah, termasuk tips memilih material yang sesuai.
Dengan adanya program Short Learning Course (SLS) ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: